4 IDEA BUAT DUIT DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Bagi sesetengah orang, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada pendapatan mereka, terutamanya golongan peniaga kecil dan bekerja sendiri. Mereka terpaksa berehat seketika daripada bekerja kerana patuh pada araúna kerajaan bagi mengelakkan penularan virus covid19.

Walaupun PKP tidak diketahui bila akan akan berakhir, pastinya mereka tidak boleh duduk berdiam diri,mereka perlu melakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Cuma harus di lakukannya dengan sebaik mungkin tanpa memudaratkan diri dan menjejaskan kesihatan orang lain. Mereka perlu mencari pendapatan lain bagi menyara diri mahu pun Keluarga.

Idea yang disenaraikan di bawah ini mungkin anda boleh pertimbangkan sekiranya anda mahu menambah pendapatan sepanjang tempoh PKP. Antaranya seperti dibawah :

 

1.PENGHANTARAN MAKANAN.

Covid-19 shifting consumer behaviour in technology-based solutions ...

Permintaan seperti Grab Food dan Food Panda untuk penghantaran makanan semakin tinggi ketika ini. Ini kerana semasa PKP,orang ramai tidak dibenarkan keluar sesuka hati dan semua premis makanan dilarang buka.

2.PERSONAL SHOPPER.

AEON Malaysia Begins To Offer Personal Shopper At Its Supermarkets ...

Virus covid19 ini menyebabkan orang ramai takut untuk keluar rumah. Anda boleh tawarkan diri anda untuk membantu mereka  membeli barang-barang di pasaraya dan dihantarkan terus ke rumah pelanggan.  Tapi perlu diingatkan,anda perlu pastikan diri anda mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan pada masa ini.

3.SERVIS MEMBAIKI BARANG.

Air Cond Service Subang Jaya | Air Cond Service Malaysia

Pihak kami mendapati ramai orang mempunyai masalah kerosakkan pada barang mereka semasa PKP ini. Antaranya masalah yang mereka hadapi adalah kerosakkan barangan elektronik,perkakas elektrik,masalah kerosakkan Kereta dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam membaiki apa-apa barang,anda boleh tawarkan pada mereka.

4.BISNES ONLINE.

Kerja dari rumah sebagai web developer atau content developer ...

Minggu lepas,pihak pos laju melaporkan sebanyak 7000 lebih parcel setiap hari,ini menunjukkan bisnes online semakin meningkat sekarang. Anda boleh bermula sebagai dropship buat permulaan dan sekiranya mempunyai modal,anda boleh membeli barang secara pukal dan menjualnya semula.

Ini antara idea yang kami terfikir pada ketika ini. Mungkin jika anda ada idea lain bolehlah kongsikan idea anda untuk membantu mereka yang memerlukan. Kita sama-sama bantu yang memerlukan.

 

Daftar Percuma => https://bazaarsabah.my/peniaga/

 

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on twitter

Leave a Reply

Baca Juga :