Sesetengah pihak yang tidak pernah melibatkan diri dalam bidang perniagaaan mungkin menganggap perniagaan itu semudah memetik jari. Tetapi, hakikatnya…
Jauh sekali perbuatan menjual dengan perbuatan memetik jari dan saya PASTI Anda juga bersetuju dengan saya! 🙂
Menjual memerlukan 3K iaitu KESABARAN, KONSISTEN dan KAEDAH.
Dalam post kali ini, saya akan kongsikan kepada Anda, 5 TEKNIK ‘PELARIS’ YANG USAHAWAN WAJIB TAHU! (PENTING!: Ramai Usahawan TERLEPAS Teknik ‘Pelaris’ #3. Fahami betul-betul, ok!)
Teknik ‘Pelaris’ #1 ini PENTING apabila ANDA ingin menarik pelanggan baharu!
Sebelum anda kenalkan produk anda, PASTIKAN PROSPEK KENAL anda/syarikat anda TERLEBIH DAHULU!
Sama seperti bila anda masuk ke rumah orang lain. Kena ketuk pintu dahulu sebelum masuk.
Kalau masuk tanpa mengetuk pintu, tuan rumah akan menyangka anda ingin merompak rumahnya.
Begitu juga dengan menjual! Kalau Anda tergesa-gesa memperkenalkan produk anda, prospek akan menganggap anda ‘cuma ingin menjual’ dan bukan ingin memenuhi kehendaknya.
Persoalan ini anda PERLU FAHAM sebelum memperkenalkan produk yang anda jual! 🙂
“Eh? Bagaimana pula ingin memenuhi kehendak pelanggan kalau bukan dengan menjawab?”
Saya ada belajar sesuatu dari pengalaman saya sendiri.
Dengan gembiranya reply mesej untuk menyakinkan pelanggan bahawa produk yang saya jual adalah yang TERBAIK! Tetapi, di akhir perbualan kami, pelanggan tersebut hanya ingin berkenalan.
Sejak dari peristiwa ‘gelap’ itu, saya sedar saya TERLEPAS bahagian PALING PENTING DALAM MENJUAL.
Anda WAJIB DAN HARUS tanya dahulu:-
Kalau Anda sudah pun melakukan perkara di atas, TAHNIAH!
Teruskan kepada Teknik ‘Pelaris’ #3! 🙂
Jika prospek anda dalam keadaan terburu-buru atau berkali-kali melihat jam tangannya, sudah tentu prospek tadi tiada masa untuk mendengar anda berhujah.
Sebelum anda memperkenalkan diri anda atau bercakap tentang kehebatan produk anda, TIMING kena betul!
“Macam mana nak tahu masa sesuai atau tidak?”
Jawapannya sangat simple!
Tanya pelanggan anda sama ada waktu tersebut adalah sesuai atau tidak.
Jika jawapannya ya, maka teruskan!
Jika jawapannya tidak, tanya bila anda boleh memperkenalkan produk anda! 🙂
Dah faham? 🙂 Kita teruskan kepada Teknik Pelaris #4!
Menjual bukanlah seperti anda membentangkan salasilah keluarga atau cerita anda semasa sekolah rendah.
Jangan buang masa! Cakap apa yang patut sahaja atau yang boleh menambah keyakinan pelanggan
Pelanggan inginkan mendengar tentang produk! Fokus kepada PRODUK!
Untuk buat pelanggan anda terdesak, berikan tawaran untuk mereka dalam tempoh yang TERHAD!
Saya akan terangkan secara bercontoh untuk anda lebih faham 🙂
Teknik ‘Pelaris’ #5 selalu di buat oleh syarikat-syarikat besar.
Situasi ini dapat dilihat apabila syarikat besar seperti Padini atau Parkson menawarkan DISKAUN kepada pelanggan mereka. Tetapi, DISKAUN cuma ditawarkan dalam tempoh 3 minggu SAHAJA!
Pelanggan pun TERDESAK ingin membeli pada waktu TERSEBUT juga! Tidak hairanlah mengapa pada musim Diskaun, syarikat tersebut dikunjungi beratus-ratus orang pelanggan.
Anda sudah nampak ‘permainannya’ di situ? 🙂
Selamat Mencuba, Usahawan!