Bongkar 5 Rahsia Syarikat Besar Untuk Kekal Di Pasaran!

Bagaimana syarikat besar mampu bertahan sehingga berpuluh tahun? 5 Rahsia ini akan MEMBONGKAR strategi yang digunakan oleh ‘jerung-jerung’ besar untuk bertahan lama.

Pernah dengar ayat seperti:

  • “Have A Break!” – Kit Kat, coklat (Bermula pada 1935 sehingga Sekarang)
  • “Just Do It!” – Nike, kasut (Bermula pada 1964 sehingga Sekarang)
  • “Betul-betul kaw!” – Kapal Api- Santos Jaya Abadi, kopi ( Bermula pada 1980 sehingga Sekarang)

Setiap ayat memainkan peranan besar dalam proses ‘branding’ bagi setiap produk. Bila sebut sahaja, “Betul-betul Kaw!”, terus teringat brand kopi Kapal Api. Ini menjadikan produk tersebut tidak asing dalam persekitaran konsumer.

5 Rahsia ini akan membongkar tentang strategi branding yang digunakan oleh syarikat besar untuk bertahan berpuluh tahun. Saya pasti anda juga MAHUKAN produk anda bertahan berpuluh tahun di pasaran, benarkan? 😉 Teruskan membaca artikel ini!

 

BONGKAR RAHSIA #1 – FOKUS KEPADA PENCERITAAN (STORYTELLING), BUKAN KEPADA PRODUK!

Tanpa jalan cerita, produk anda tidak mempunyai nilai emosional kepada pelanggan anda.

“EH, TIDAK FAHAM LAH. APA YANG DI MAKSUDKAN DENGAN ‘JALAN CERITA’??”

Saya pasti anda pernah melihat iklan Milo di kaca TV. Setiap iklan dari syarikat tersebut mempunyai jalan cerita. Saya ambil jalan cerita dari salah satu iklannya..

Si Anak menjadi lebih bertenaga selepas minum jenama tersebut dan menjuarai pertandingan. Si Ibu pula menunjukkan rasa sayang kepada Anaknya.

Amboiii… Disitu terselitnya nilai yang bermain dengan emosi dan psikologi manusia. Pernah dengar istilah Butang Emosi? Di sini lah prinsip tersebut memainkan peranannya secara senyap dan halus. Apabila sesuatu iklan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pelanggan, ia akan memberikan impak yang besar terhadap tingkah laku pembeli. Anda sudah faham sekarang? 🙂

Ayuh, bongkar rahsia yang seterusnya!

 

 

BONGKAR RAHSIA #2 – TAMPILKAN IDENTITI PRODUK ANDA!

Untuk terus kekal di pasaran, produk anda perlukan identiti tersendiri yang lebih memfokuskan kepada kelebihan dan penyelesaian masalah untuk pelanggan sedia ada anda. Saya bagi satu contoh yang jelas agar anda lebih faham tentang Rahsia kedua ini..

Syarikat francais seperti Mc Donald juga pandai membuat ayam goreng yang ranggup seperti KFC. Tapi, apa yang menjadi ‘norma’ dalam persekitaran konsumer seperti kita adalah, Mc Donald adalah menjual burger dan KFC menjual ayam goreng.

MENGAPA SITUASI INI BERLAKU?

Jawapannya mudah dan jelas! Strategi mereka adalah mereka lebih memfokuskan kelebihan masing-masing.

Bila nampak kedai Mc Donald, pasti ada papan tanda burger ataupun kentang goreng. KFC pula menggunakan papan tanda ‘Bucket’. Sedangkan kedua-duanya juga menjual burger dan ayam goreng. Asal sebut burger, ingat Mc Donald. Asal sebut KFC, teringat pula ayam goreng KFC.

Menarik! Anda nampak permainan mereka? 🙂

 

BONGKAR RAHSIA #3 – JADIKAN PRODUK ANDA DIGEMARI PELANGGAN!

BAGAIMANA SYARIKAT BESAR MEMBINA HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN MEREKA?

Satu kes yang pernah viral di laman sosial yang sehingga kini telah memberikan tanggapan yang baik dari kebanyakan netizen di Malaysia terhadap syarikat tersebut. Kes ini berlaku antara Syarikat Coklat Berjenama X dan seorang pelanggan yang juga seorang pengguna laman sosial.

Seorang pengguna laman sosial telah mem’viral’kan sebuah gambar yang memaparkan wang RM5 dan surat dari Syarikat Coklat Berjenama X. Menurutnya, dia membuat aduan kepada syarikat tersebut kerana kurang berpuas hati terhadap keadaan coklat yang dibelinya. Tidak lama kemudian, pengguna tersebut mendapat maklum balas untuk memohon maaf serta duit ganti rugi yang bernilai RM5.

Tindakan syarikat ini bukan sahaja telah memecahkan tembok ‘keraguan’ pengguna tetapi juga telah memberikan nilai yang besar dalam hubungan antara syarikat dan konsumer.

 

BONGKAR RAHSIA #4 – JANGAN TERSASAR DARI TARGETED CUSTOMERS ANDA!

Anda sudah kenal pasti siapa pelanggan sasaran anda? Jika sudah, TAHNIAH dan teruskan fokus kepada sasaran anda. Jangan sampai tersasar pula, okay! 🙂

APA RELEVANNYA PEMBERIAN KUPON DISKAUN DAN KAD AHLI KEPADA SYARIKAT BESAR?

Dari perspektif pengguna, bila kita diberikan kad kupon diskaun maksudnya kita akan dapat potongan harga. Tapi, ada sesuatu yang kita tidak nampak disebalik pemberian kupon diskaun tersebut.

Syarikat gudang pakaian P memberikan potongan melalui kad ahli kepada pelanggan mereka. Boleh dikatakan setiap bulan kita diberikan diskaun itu ini.

Beg berjenama AD yang berharga RM240 ditawarkan kepada kita dengan harga RM199.

Amboi! Terus gelabah membeli 🙂

Cara ini sebenarnya mendesak kita secara halus untuk membeli daripada mereka. Bukan sahaja untuk mendesak, malah mereka cuba menarik pelanggan sedia ada mereka untuk melakukan pembelian berkali-kali.

 

BONGKAR RAHSIA #5 – HUBUNGAN OFFLINE BERSAMA PELANGGAN!

Setiap tahun ada sahaja program yang dijalankan oleh ‘jerung-jerung’ besar ini untuk mendekati pelanggan mereka. Baru-baru ini satu program yang bertemakan sukan bersama keluarga dijalankan.

Apa yang jelas semasa program tersebut, kemana sahaja anda pergi, pasti akan terjumpa iklan Syarikat N. Hadiah yang diberikan juga adalah produk dari syarikat tersebut! Tidak lupa juga dengan fasilitator yang cantik jelita dan tampan yang berbaju Syarikat N.

Syarikat ini bukan sahaja cuba beramah mesra dengan pelanggan tetapi juga membina hubungan bersama artis jemputan untuk dijadikan sebagai pengaruh brand mereka. Licik sungguh strategi mereka ni!

“ALAMAK! JADI PERLUKAH SAYA BUAT PROGRAM BESAR UNTUK PRODUK SAYA?”

Hehe.. Bukan begitu..Cukup lah sekadar berjumpa untuk beramah mesra dan minum secawan kopi bersama mereka.

Wah! Tahniah, Anda sudah berjaya membongkar rahsia jerung besar! Aplikasikan strategi mereka kepada produk anda dan semoga berjaya, Usahawan! 🙂

Anda rasa artikel ini menarik? Kongsikan kepada rakan-rakan anda! 😉

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.