Lokal Talent bergabung membentuk Dunia Digital Sabahan
Penulis – Suhaimie, Master Tyro
02.02.2002 – Biz Hub Bandar Siera, Kota Kinabalu, Master Tyro dan Khaiz Empire telah menandatangani satu persefahaman bersama bagi aktiviti dan program untuk sepanjang tahun 2020. Inisiatif ini dilakukan bagi tujuan saling melengkapi kemahiran yang ada di antara satu sama lain.
Sebagai impak kerjasama ini mensasarkan golongan pelajar, belia, usahawan dan organisasi di Sabah sebagai fokus permulaan kumpulan pembangunan.
Sejarah Khaiz Empire bermula 12 tahun lalu sebagai Internet Marketer atau IM melalui pengasas Khairilizwan Jamros. Kemudian mencorak langkah menjadi pemain Digital Marketing yang fokus kepada pembangunan komuniti melalui produk dan program yang berasaskan elemen multimedia.
Kepakaran KE menjurus kepada membina website yang berimpak tinggi, kelebihan dalam penguasaan media sosial melalui fb page cth: Sabahan Dot My, pengalaman dalam program berkonsepkan video production bersama kumpulan seperti anak seni di Sabah dan sentiasa membina ruang platform baru kepada proses pemasaran digital dan akhirnya juga terlibat dalam bidang latihan berasaskan Digital Marketing.
KE juga mempunyai kekuatan dalam bidang komputer seperti penyelenggaraan komputer,rangkaian internet,servis berkala dan telah membangunkan platform Cekap Komputer sejak tahun 2008 lagi. Kini Cekap Komputer (di bawah Khaiz.Tech) juga berpusat di Biz Hub Bandar Siera Kota Kinabalu.
Master Tyro pula bermula pada tahun 2013 sebagai sebuah pusat akuakultur kecil di Kota Belud dengan nama Master Tyro Aqua Farm. Kemudian jenama dikembangkan menjadi Master Tyro Consultant & Resources setahun selepas itu.
Nama yang mempunyai sejarah bersama program Sabah Got Ideas 2013 sebagai peserta dan pemenang, kemudiannya berpanjangan menjadi fasi & mentor pada tahun seterusnya sehingga 2019. Pengalaman mendidik dengan berkongsi telah menerbitkan satu rasa baru iaitu ingin menjadi seorang Professional Trainer. Dan buktinya pada tahun 2015, keputusan muktamad dilakukan dengan memilih kerjaya sebagai seorang Trainer & Consultant secara sepenuh masa. MT terlibat dengan banyak platform personal development termasuk NGO.
Segala peluang latihan yang fokus membina kekuatan dalam bidang kepimpinan & komunikasi semakin giat diceburi. Sebagai rekod sehingga kini MT ialah pemegang Certified NLP Practitioner, Certified Critical Thinking & Certified HRDF Trainer. MT juga ialah Immediate Past Presiden Toihaan Toastmasters Club, Exco Member Sabah Techpreneur Association SATA & Council Member Federation of Sabah Industries FSI.
Persamaan pengalaman Master Tyro & Khaiz Empire ialah di dalam bidang Multimedia. MT merupakan Graduan Multimedia University, Degree in Interface Design Faculty Creative Multimedia. KE pula merupakan pemain Digital Marketing yang terkenal dengan pelbagai konsep pemasaran dunia Online.
Gabungan ilmu kepakaran External & Internal antara keduanya menjadikan Persefahaman ini suatu yang amat penting demi mencapai objektif yang disasarkan. Sebagai rekod, MT & KE akan bakal menyertai program Certified Professional Trainer Learning Fasilitator di Kundasang pada 5 Feb sehingga 9 Februari nanti.
Berita selanjutnya akan datang..