TIPS MELETAKKAN HARGA JUALAN

Harga merupakan nadi yang penting dalam sesebuah perniagaan.Tanpa harga yang tepat,ia mampu meruntuhkan sesebuah perniagaan.

Pelanggan lebih cenderung memilih harga yang berpatutan berbanding harga yang mahal atau terlebih murah.Oleh itu,penentuan harga haruslah diteliti kerana ia merupakan faktor kejayaan bagi sesebuah perniagaan.

1. TENTUKAN HARGA BERDASARKAN KOS

Anda perlu tahu kos-kos yang terlibat dalam bisnes anda. Kos produk dapat dikira berdasarkan kos bahan serta kos-kos lain.Setelah itu,barulah anda boleh tentukan keuntungan yang ingin diperolehi.

2. MENGKAJI HARGA PASARAN

Anda boleh mengkaji harga dipasaran tetapi jangan biarkan diri anda terpenjara dengan harga pasaran.Harga yang tepat adalah hanya anda seorang sahaja yang tahu.

3. HARGA VS KUALITI

Anda perlu faham,pelanggan membeli bukan berdasarkan harga sahaja,kualiti sesuatu produk/servis turut memainkan peranan. Biar harga anda setanding kualiti.

Sebagai usahawan,rancanglah harga produk anda secara berpatutan. Harga yang sesuai adalah harga tidak membebankan kedua-dua pihak.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on twitter

Leave a Reply

Baca Juga :