Digital Marketing Sabah

LATIHAN INDUSTRI / PRAKTIKAL / INTERNSHIP

@ KHAIZ EMPIRE (KUDAT)

Khas untuk pelajar sekitar Kudat.
Latihan industri @ Khaiz Empire (Kudat) kini dibuka!

Khaiz Empire mempelawa pelajar yang mencari tempat praktikal untuk mengisi kekosongan pelajar praktikal di syarikat kami, kemasukan sepanjang tahun mengikut kekosongan kouta yang telah ditetapkan.

KHAIZ EMPIRE

Khaiz Empire dibangunkan pada Feb 2013 oleh Khairilizwan Jamros berasal dari Kudat,Sabah. Perniagaan utama Khaiz Empire adalah berkaitan industri digital terutamanya dalam Digital Marketing.

Antara perkhidmatan utama kami ialah Khaiz Web Design (servis bina laman web), Khaiz Production (Videografi & Fotografi), Khaiz Academy (Seminar Bengkel), Khaiz Digital (Pemasaran Digital) dan Khaiz Creative (seni kreatif dan budaya). Sasaran pelanggan Khaiz Empire antaranya mereka yang berminat dengan industri digital, usahawan kecil, agensi, kelab persatuan, entiti korporat termasuk agensi kerajaan. Selain itu juga, Khaiz Empire memberi fokus utama kepada komuniti sekitar untuk memberi kefahaman dan kesedaran berkenaan pembangunan ekosistem digital.

Waktu Bekerja : 9.30AM – 5.00PM
Makan Minum & Tempat Tinggal Tidak Disediakan.
Lokasi : Khaiz Empire, Kampung Minyak, Kudat, Sabah

Bidang jurusan adalah berkaitan dengan :

  • Pemasaran Digital,Pengurusan Digital,Keusahawanan, Pengurusan Media Sosial
  • Multimedia & ICT
  • Fotografi,Film & Video Production
  • Pemasaran & Pengurusan Perniagaan
  • Laman web & Server
  • Industri Seni,Seni Digital, Teknologi Kreatif Digital
  • Rekabentuk Grafik
    (ataupun sebarang jurusan bidang yang berkaitan dan dipertimbangkan)
SYARAT KHAS:
Perlu ada transport sendiri untuk ke tempat kerja. (Lokasi Kampung Minyak, Kudat)

Berminat?

Jika berminat, sila isi borang tersebut termasuk hantar resume kepada kami :
(Kouta latihan industri di Khaiz Empire adalah terhad, sila isi borang yang disediakan
dan pihak kami akan maklumkan kepada anda jika permohonan latihan industri anda berjaya atau tidak)
Khaiz Empire
KHAIZ EMPIRE
No.78,Tingkat 1,Blok I Plaza Permai 5, Jalan UMS, Alamesra,88400 Kota Kinabalu, Sabah
No DBKK : 0000159445 T
No.Phone : 014 - 901 8006
© Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.