You are currently viewing Cara Mengurus Masa Dengan Lebih Bijak

Cara Mengurus Masa Dengan Lebih Bijak

  • Post author:
  • Post category:Lain-lain
Masa tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun tetapi masa boleh diuruskan dengan baik. Masa akan terus bergerak walaupun kita tidak berbuat apa-apa. Setiap saat yang terlepas tidak akan dapat diambil kembali. Jadi, kita perlu menguruskan masa kita dengan baik supaya setiap saat yang berlalu ada manfaatnya kepada diri kita dan orang di sekeliling kita.
Manusia yang tidak menghargai dan memanfaatkan masa adalah manusia yang rugi. Ramai yang mengeluh bahawa mereka tidak cukup masa untuk melakukan itu dan ini. Hakikatnya, semua orang mempunyai jumlah masa yang sama. Yang membezakan adalah bagaimana kita menguruskan masa yang di amanahkan kepada kita. Pada kali ini, saya nak kongsikan beberapa cara untuk menguruskan masa kita dengan baik.

Cara Menguruskan Masa

  • Bahagikan masa
          Setiap orang diberikan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Apa yang membezakan setiap orang hanyalah bagaimana mereka membahagikan masa.
Sebagai contoh, individu A menghabiskan masa 5 jam dihadapan media sosial, individu B menghabiskan 5 jam dengan berniaga dan lain-lain. Setiap orang harus membahagikan masa mereka dengan baik. Bagi saya sendiri, hampir 10 jam telah dihabiskan untuk kerja di siang hari, 5 jam untuk keluarga, 3 jam untuk berblog manakala 6 jam lagi untuk rehat dan tidur. Anda mungkin ada pembahagian masa anda sendiri.
  • Sediakan jadual
          Pembahagian masa selalu dibuat tanpa bertulis. Untuk menjadikan pengurusan masa lebih kemas, sebaik-baiknya sediakan satu jadual ringkas dengan aktiviti yang perlu anda lakukan setiap hari.
Jadual ini lah yang akan menjadi kayu ukur bagaimana anda menguruskan masa anda. Jika anda dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan, anda sedang berada dalam haluan yang betul untuk pengurusan masa anda.
  • Senaraikan tugas

Sebelum ini anda telah sediakan jadual harian anda, kini anda perlu senaraikan tugas-tugas di dalam jadual yang anda telah sediakan. Senaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan seteliti yang mungkin, jadikan ia sebagai senarai semak untuk tugas yang anda perlu lakukan.

  • Kurangkan pembaziran masa
          Anda perlu audit masa yang anda gunakan setiap hari. Fikirkan ke mana masa hari hari lepas anda habiskan? Menonton televisyen? Bermain game? Mungkin masa-masa yang kurang berkualiti itu boleh ditukarkan kepada masa yang lebih berkualiti seperti menghabiskan masa bersama anak-anak.
  • Tetapkan Jangka Masa

Berikan tempoh masa untuk setiap perkara yang anda lakukan. Ini lebih mudah dilakukan jika aktiviti anda tercatat pada jadual yang telah anda sediakan. Masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada anda sendiri, walaubagaimanpun, anda masih fleksible untuk menukar jangka masa yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian.

  • Keutamaan

Setiap apa yang kita lakukan, kita perlu dahulukan perkara yang penting berbanding perkara yang kurang penting. Walaupun semua perkara yang penting tergolong dalam senarai keperluan, kita masih perlu memilih mana satu perkara yang perlu didahulukan dan mana satu perkara yang boleh dikemudiankan.

 

Itulah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan masa diuruskan dengan baik. Pengurusan masa yang baik bukan sahaja dapat memberi ketenangan kepada seseorang malah ia juga membantu seseorang untuk lebih berdisiplin dan menghargai setiap masa yang diberikan.