5 Cara Memajukan Bisnes Dengan Menggunakan Instagram

Instagram merupakan salah satu media sosial yang memainkan peranan penting bagi mereka yang menjalankan perniagaan. Ia bukan sahaja berguna kepada penjual barangan online, pekedai kecil, restoran, agensi pelancongan dan e-commerce sahaja, malah Instagram juga salah satu alat efektif untuk menonjolkan jenama sesebuah perniagaan.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana memajukan bisnes dengan menggunakan Instagram? Jawapannya sangat mudah, disini saya akan sertakan beberapa cara tetapi sebelum itu anda haruslah membuat akaun baru yang sesuai dengan perniagaan, tambahkan foto profail berupa logo perniagaan, memuatkan link Instagram ke website perniagaan anda dan kemudian hubungkannya dengan akaun Facebook atau Twitter.

Berikut adalah caranya….

  1. Optimumkan profile instagram bisnes anda. 

  • Anda perlu memberikan maklumat yang spesifik dalam profil Instagram bisnes anda.
  • Lengkapkan kesemua maklumat tentang perniagaan yang diperlukan oleh para pelanggan.
  • Anda juga boleh menambahkan call to action berupa link yang mengarah ke halaman web perniagaan anda.

  2. Muatnaik gambar yang dapat menarik perhatian dengan mengikut kreativiti anda.

  • Selain memuatnaikan gambar yang informatif, kunci kejayaan lain untuk menarik perhatian audiens adalah dengan meneliti ciri gambar, bagi memudahkan anda  mengedit gambar yang menarik, Anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi rekaan visual seperti WordSwag dan InstaQuote untuk menghasilkan rekaan yang professional tanpa menggunakan khidmat pereka grafik.

3. Menunjukkan gambar pekerja melaksanakan aktiviti.

  • Ia bermaksud menunjukkan kegiatan pekerja yang sedang melakukan sesuatu pekerjaan, Ini bertujuan untuk menonjolkan aktiviti di sebalik tabir perniagaan, cara ini sangat memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa perniagaan anda dijalankan mengikut proses yang baik.

4. Meletakkan hashtag yang relevan dan popular.

  • Hashtag dapat menjadi powerful untuk menambah jumlah view post dalam Instagram bisnes anda. Setiap kali anda memuatnaikkan post baru, tambahkan caption yang diikuti dengan hashtag yang popular dan relevan dengan gambar.

5.  Share for Share (SFS)

  • Cara berkesan menggunakan Instagram untuk bisnes anda yang terakhir adalah dengan melakukan Share for Share. Cara ini dilakukan dengan mempromosikan bisnes rakan anda melalui repost dan tagging. Dengan cara ini mereka juga akan melakukan perkara yang sama dengan Instagram bisnes anda. Ini tentu sekali dapat menambahkan bilangan follower anda.

 

Demikianlah beberapa cara berkesan memajukan bisnes anda dengan menggunakan Instagram.

Jika anda mencari cara yang sesuai untuk meningkatkan audiens, meningkatkan pendapatan dan menambahkan jumlah pelanggan anda, maka Instagram bisnes merupakan salah satu penyelesaiannya.

 

 

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.