5 CARA MEMULAKAN BISNES E-BAZAR

Umumnya kita mengetahui bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) masih diteruskan sehingga ke hari dan bakal diteruskan sehingga bulan hadapan.

Lebih menyedihkan apabila tahún ni berbeza daripada tahún sebelumnya apabila bazar ramadahan tidak dapat diadakan bagi mengelakkan penularan virus covid19. Ramai peniaga bazar mula resah apabila keadaan ini terjadi namun dalam keadaan yang serba maju sekarang akhirnya mereka memutuskan untuk mengwujudkan bazar secara digital ( e-bazar) bagi menggantikan bazar fizikal.

Oleh itu,kami ingin berkongsi sedikit tips kapada anda cara untuk memulakan bisnes e-bazar

 

1.Manfaatkan Media Sosial

kredit: google

Media sosial sangat berguna sebagai platform mempromosi perniagaan peniaga. Peniaga bazar Ramadan perlu belajar cara untuk mempromosi dan membuat iklan sama ada secara percuma atau berbayar . Antara media sosial yang popular adalah seperti Facebook,WhatsApp dan Instagram. Masih banyak lagi platform media sosial yang lain tapi cukuplah dengan tiga platform Sahaja,yang penting anda perlu fokus menggunakannya.

2.Gambar yang menarik.

kredit: google

Umum mengetahui gambar yang menarik pasti menarik minat pembeli. Tidak semestinya menggunakan DSLR,kamera telefon sahaja sudah memadai. Cari idea bagaimana cara membuatkan gambar produk anda kelihatan menarik 

3.Konsep E-commerce

kredit: google

E-Commerce ni jugak merujuk kepada laman web yang menjual sesuatu produk, yang lengkap dengan sistem pengurusan tempahan dan pembayaran online. Dalam bahasa melayunya orang panggil seperti kedai online. Contohnya Shopee,Lazada dan sebagainya.

Peniaga bazar Ramadan juga boleh menggunakan pelbagai platform e-dagang sama ada percuma mahupun yang berbayar.

4.Cara Penghantaran

kredit: google

Penghantaran sangat penting sekiranya anda bisnes E-bazar. Anda bleh pilih kaedah cash on delivery(COD) atau biarkan pelanggan pick-up sendiri di rumah anda. Sekiranya COD,cas boleh dikenakan asalkan tidak membebankan kedua-dua pihak

5.Branding

kredit: google

Peniaga bazar Ramadan digalakkan untuk mencipta branding supaya mereka lebih mudah dikenali dalam dunia digital. Bukan Sahaja ketika pkp,malah jika branding anda kukuh,produk anda pasti sentiasa mendapat permitan walaupun selepas bulan Ramadhan.

Semoga cabaran krisis COVID-19 ini menjadi satu titik permulaan peniaga bazar Ramadan untuk mula mengaplikasikan konsep digital dalam perniagaan masing-masing dan harap kita semua terus kuat berjuang dalam meneruskan perniagaan masing-masing.

 

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.