5 FAKTA MENARIK TENTANG FACEBOOK

Sebut sahaja Facebokk pasti semua orang mengenalinya,tidak kira muda mahu pun tua. Media Sosial yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg ini telah berusia 16 tahun namun sebagian penggunanya mungkin masih belum tahu beberapa fakta menarik tentang media Sosial ini, dan berikut merupakan 5 fakta menarik tentang Facebook

1. FUNGSI TERAWAL FACEBOOK ANTARA IALAH SEBAGAI SERVIS PERKONGSIAN FILE

Ketika diawal penubuhannya,Facebook mepunyai servis perkongsian file yang di kenali sebagai wirehog,yang dihasilkan oleh Mark Zuckberg bersama tiga orang rakannya dan sWirehog merupakan antara ciri-ciri unik Facebook ketika dilancarkan pada tahun 2004.

Namun servis ni diberhentikan serta merta pada tahun 2006 disebabkan isi-isu tertentu.

2.Warna Biru pada Facebook

Mengapa Facebook berwarna biru? bukan berwarna merah, kuning, hijau atau berwarna lainnya mungkin pertanyaan ini pernah berlegar di fikiran anda dan  jawapannya sangat mengejutkan kerana Mark Zuckerberg merupakan seorang yang buta warna dan dia hanya mampu mengenali warna biru saja oleh sebab itulah warna Facebook itu berwarna biru.

3.Wajah Al Pacino pada homepage asal Facebook

Sebelum homepage Facebook direka semula pada tahun 2007, muka depan laman sosial ini memaparkan wajah seorang lelaki yang dikaburkan di belakang kod binari. Dikenali sebagai ‘Facebook guy’, pemilik wajah lelaki misteri berkenaan tidak dikenali sehingga dibongkarkan.

Seorang penulis David Kirkpatrick yang menulis buku tentang ‘The Facebook Effect’, mendedahkan melalui buku beliau bahawa imej wajah lelaki yang dimanipulasi itu merupakan gambar Al Pacino. Gambar tersebut dimanipulasi oleh rakan sekelas Mark ketika di Harvard University.

4.Mark Zuckberg manusia ke empat terkaya didunia

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook kini telah pun mendahului Warren Buffett, sekaligus menjadi manusia ketiga terkaya di dunia. Menurut Forbes, Mark Zuckerberg kini mempunyai kekayaan bernilai $96,7 bilion .

Dengan kekayaan ini, Mark Zuckerberg yang berusia 36tahun ini hanya dibelakang Jeff Bezos (pengasas Amazon) dan  Bernard Arnault ( pengasas LVMH )  serta Bill Gates (pengasas Microsoft). Kini Mark Zuckberg mempunyai beberapa aplikasi aktif yang digunakan oleh ramai orang , termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp

5.Hoodie Facebook dijual dengan harga US$4050 di Ebay

Seorang pekerja Facebook telah menjual hoodie kepunyaanya pada tahun 2010 dengan harga US$4050 dengan biadaan daripada seramai 50 orang.

Hoodie tersebut dijual dengan harga sedemikian kerana MarkZuckberg pernah dilihat memakai hoodie yang sama di D8 Conference ketika membentangkan hala tuju syarikat berkenaan.

Semoga Fakta ini dapat menambahkan pengetahuan anda.

 

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.