You are currently viewing 5 KEPENTINGAN WEBSITE DALAM BISNES

5 KEPENTINGAN WEBSITE DALAM BISNES

Internet menjadi maklumat lebih cepat dan mudah diperolehi.Tidak kisah sama ada anda baru berniaga atau perniaga lama, sangat penting untuk anda mempunyai website bagi menyampaikan maklumat kepada orang yang memerlukan servis atau produk anda.

1) MAKLUMAT BISNES ANDA

Umumnya masyarakat zaman sekarang,mereka akan google jika hendak tahu sesuatu perkara. Mereka akan selidik sesuatu perkara tersebut bagi memastikan sesuatu kebenaran.

Begitu juga dengan dalam bisnes,bagaimana pelanggan hendak tahu tentang bisnes anda,lokasi bisnes dan sebagainya sekiranya anda tidak ada website bisnes?

Ibaratnya website ini berfungsi sebagai sales person dalam bisnes anda.

2) MENINGKATKAN TRUST

Trust sangat penting dalam bisnes. Tanpa adanya trust,bisnes anda tidak akan berkembang.

Dengan adanya website,anda kelihatan serius dalam menjalankan bisnes. Selain meningkatkan trust,website akan memperkukuhkan lagi syarikat dan brand bisnes.

3) MEMUDAHKAN CARIAN DI INTERNET

Sebagai contoh, anda menjual produk kesihatan seperti ubat sakit lutut. Jika ada orang buat carian di google menggunakan keyword yang berkaitan produk anda seperti tips mengatasi sakit lutut, cara sembuhkan sakit lutut dan sebagainya, Google akan memaparkan website anda.

Selain itu,website anda juga boleh di linkkan dengan Instagram, Facebook dan sebagainya.

4) PASARAN MELUAS

Dengan adanya website ni,bisnes anda tidak terhad kepada satu tempat saja.Bisnes anda boleh dikenali diserata dunia dan tidak mustahil jika produk anda dijual diluar Negara.

Tambahan pula,website akan menarik minat sebilangan pelanggan untuk menjadi agen jualan dan ia bakal meluaskan pasaran bisnes anda.

5) MENGUMPUL DATABASE PELANGGAN

Database adalah nadi utama dalam bisnes!

Dalam website, anda boleh meminta pelawat anda untuk subscribe atau newsletter untuk dapatkan tips atau promosi yang berkaitan.Jadi secara tidak langsung,website mempromosikan bisnes anda secara automatik dan anda dah dapat database bakal pelanggan untuk produk anda.

 

Jadi, tunggu apa lagi? Anda memerlukan laman web untuk perniagaan anda, hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan website