5 Mindset Bisnes Yang Perlu Diubah Tahun 2022

Faktor utama yang menentukan bisnes anda berjaya atau tidak adalah dengan mindset.Ada 5 jenis mindset yang patut anda ubah sebelum memulakan bisnes:

 

Mindset pertama : Modal yang besar mendapat untung besar.

Pelaburan dengan modal yang besar adalah berbahaya lebih-lebih lagi tiada ilmu pengetahuan dalam bisnes,tidak kenal target pasaran dan cara untuk memasarkan produk. Jadi sebagai langkah permulaan,belajar ilmu bisnes dengan menjadi dropship atau agen produk orang lain terlebih dahulu. Dari situ anda boleh topup ilmu pengetahuan dan cara berniaga melalui mereka yang sudah berjaya dalam bisnes.

 

Mindset kedua : Bisnes mesti buka kedai

Sebagai permulaan kepada dunia bisnes perlulah jadi bijak mengatur perbelanjaan.Mengapa harus membazir kepada benda yang boleh dijimatkan? Anda boleh cuba start berniaga dari rumah dahulu. Jika perlu tempat untuk beroperasi, boleh lah buat survey premis yang tidak perlu bayar kadar sewa dan bil yang tinggi.

 

Mindset ketiga : Fokus menjual

Bila suda mulakan sesuatu bisnes, tentunya dalam kepala hanya sales dan untung.Jika fokus anda ingin menjual sahaja, tentu sahaja orang akan jadi bosan. Banyak cara anda boleh lakukan untuk pasarkan bisnes anda.Selain daripada berjual, anda juga boleh selitkan dan berkongsi tentang kebaikan produk anda. Buktikan yang bisnes anda boleh membantu selesaikan masalah pengguna.

 

Mindset keempat : Tiada database pelanggan.

Kelemahan utama sesuatu bisnes adalah tidak menyimpan database pelanggan.Database yang diperlukan adalah details pelanggan seperti nama, alamat, nombor telefon.Cara mudah dan selamat untuk menyimpan database pelanggan dengan mengunakan excel.Pentingnya database ialah untuk membuat analisa mengenai pelanggan anda.Jadi kamu boleh kenalpasti jika bisnes kamu berkembang atau tidak.

 

Mindset kelima : Duit bisnes adalah duit anda

Jangan pernah anggap bahawa duit bisnes boleh di gunakan sesuka hati.Kena tanamkan dalam diri bila berjaya buat sales dan mendapat keuntungan, perlu asingkan untuk menambah baik perniagaan anda. Dengan pengurusan duit bisnes yang betul barulah terserlah sifat profesional dalam diri.

 

Adakah anda tergolong dengan mereka yang mempunyai mindset seperti di atas?

Jika ada, bermakna mindset anda perlu diubah. Apa- apa pun, sebagai  bakal usahawan/ peniaga kita perlu sentiasa terbuka untuk menimba ilmu dalam bisnes  dan bersungguh-sungguh untuk berubah .Kerana kejayaan tidak datang bergolek kalau anda tidak usaha.

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.