5 TIPS MULAKAN PERNIAGAAN DI FACEBOOK

Facebook merupakan antara aplikasi media sosial yang popular didunia. Selain digunakan untuk bersosial,dengan jumlah pengguna yang ramai,ia telah dijadikan sebagai lubuk menjual dan membeli barang.

Ramai yang telah mencuba nasib berniaga di Facebook namun gagal kerana kurang mengetahui strategi yang sesuai. Berikut admin kongsikan kepada anda 5 tips memulakan perniagaan di Facebook.

1.KENAL PASTI MASALAH PENGGUNA

Cari masalah yang dihadapi oleh mereka. Senaraikan masalah tersebut dan pilih masalah yang mampu diselesaikan mengikut kemampuan.

2. PRODUK ATAU SERVIS ?

Jika masalah tersebut boleh diselesaikan dengan produk maka anda boleh memperkenalkan produk tersebut. Anda perlu pastikan produk tersebut selamat dan sah disisi undang-undang sebelum menjualnya.

Anda jual boleh menawarkan servis berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang anda miliki.

3. BUKA PAGE FACEBOOK

Sebaiknya anda membuka page Facebook kerana profile facebook terhad kepada 5000 pengguna sahaja manakala page facebook boleh di LIKE seramai mungkin.

4. SENTIASA UPDATE STATUS DI FACEBOOK !

Sila update status dipage anda mengenai produk/perkhidmatan anda.anda juga boleh kongsikan tips,informasi mahu pun testimoni agar boleh meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap anda.

5. PROMOSI DENGAN KONSISTEN

Lakukan promosi dengan konsisten agar pelanggan tahu yang anda serius dengan bisnes anda. Selain page facebook,anda juga boleh mempromosikan di group facebook dan profile facebook tetapi jangan terlalu kerap.

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.