6 Tips Untuk Meningkatkan Jualan Dengan Strategi Pemasaran Melalui Online Marketing.

Mengapa sales saya turun? Mengapa sales saya gagal dan susah naik?

Ini antara soalan yang selalu didengar daripada para bisnes atau para usahawan.
Jadi disini kami akan kongsikan beberapa tips cara untuk meningkatkan jualan dengan
strategi pemasaran melalui online marketing.

Anda akan belajar tentang cara menarik pelanggan di FB, menaikkan sales di IG,
membuat promosi atau pemasaran melalui email dan penggunaan online marketing
untuk gandakan sales bisnes.

1. Menjual produk atau servis anda melalui Facebook Live

Sekarang ramai orang jual barang, produk, dan servis di Facebook dengan menggunakan fungsi FB Live.  Siaran Live di FB memang mudah dan mampu jana sales yang banyak
untuk bisnes anda. Anda hanya perlukan smartphone dengan kamera yang
canggih untuk membuat video Facebook Live.

  • Memiliki internet yang laju.
  • Penolong untuk menjawab sebarang soalan diruangan komen Live.
  • Membuat pengumuman awal di Facebook tentang siaran live anda bagi memudahkan.
    penonton untuk bersedia.
  • Membuat description yang menarik.
  • Minta penonton anda untuk Like, Share, dan Follow page Facebook.
  • Sentiasa memberi respon kepada penonton.

2. Gunakan Instagram sebagai platform branding

Platform ini merupakan pilihan yang tepat untuk membina imej yang
kukuh bagi brand anda. Banyak bisnes kecil kini menggunakan platform
ini untuk post gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan kepercayaan
pelanggan dalam bisnes mereka.

  • Tukar akaun Instagram anda dari akaun Personal ke Business.
  • Isikan description yang singkat dan jelas.
  • Letak link kedai online anda di bio anda.
  • Masukkan branded hashtag.
  • Gunakan visual yang konsisten.
  • Menggukan sekurangnya 15 hashtag yang relevan.

3. Hantar email kepada pelanggan anda

Penggunaan emel bagi tujuan pemasaran sebenarnya amat bagus bagi bisnes kecil kerana ianya
efektik untuk membina hubungan dengan pelanggan anda dan lebih murah lagi berbanding ads
di FB, IG, akhbar, papan iklan, dan sebagainya.

Anda hanya perlu daftar dengan sistem autoresponder seperti MailChimp dan
GetResponse yang akan membantu menghantar emel berjadual kepada pelanggan
anda secara automatik berdasarkan masa/aktiviti mereka.

4. Gunakan Facebook Group untuk bina komuniti bagi bisnes anda

Makin ramai bisnes menyertai atau membina group FB yang relevan untuk target
audience mereka. Tapi, sebelum anda berbuat demikian, anda perlu tahu terlebih
dahulu fungsi FB Group dan cara orang ramai menggunakannya.

Gunakan FB Group untuk membina jenama anda melalui pemberian maklumat yang betul dan berguna, sehingga anda menjadi jenama yang dipercayai bakal pelanggan anda.

5. Gunakan content marketing untuk jual secara “soft sell”

 

 

 

 

 

 

 

Content marketing ialah strategi pemasaran yang menggunakan info yang relevan
dan bermanfaat untuk menarik pelanggan dan bakal pelanggan bagi mendorong mereka
menjadi pelanggan setia ataupun pelanggan baru anda.

Jadi, content marketing telah pun menjadi strategi banyak bisnes untuk menguatkan
branding dan meningkatkan sales mereka. Jenis-jenis content yang anda boleh buat ialah…

  • Blog,
  • Post FB,
  • Video
  • Infografik

6. Daftarkan bisnes anda di Google secara percuma dengan Google My Business

Jika anda daftar untuk profil Business di Google, bisnes anda akan terpapar di Google Maps
and Google Search, dua fungsi utama yang orang ramai gunakan zaman ini untuk mendapat maklumat
lanjut mengenai sesuatu bisnes.

Anda akan dapat laman web asas percuma, dan anda juga boleh kongsi update dan info di profil anda supaya anda boleh simpan pelanggan tetap anda dan boleh menarik pelanggan baru.

Antara butiran yang anda boleh berikan di profil Business anda ialah:

  • Nombor telefon
  • Arah ke kedai anda
  • Link laman web
  • Hari dan waktu operasi
  • Gambar kedai dan/atau produk anda

 

 

 

 

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.