8 Teknik Simple Yang Dapat Meningkatkan Sales Di Facebook

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan oleh usahawan internet untuk tingkatkan sales mereka di facebook. Dalam artikel ini, kami akan berikan 8 teknik simple yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan sales anda di facebook.

  • Gambar Yang Berkualiti

Gambar memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian audiens pada iklan anda kerana gambar adalah komponen iklan pertama sekali yang akan dilihat oleh audiens anda. Gambar yang berkualiti juga dapat meningkatkan kepercayaan audiens kepada fanpage anda.

Tips untuk menyediakan gambar iklan;

1) Gunakan gambar yang relevan dengan audiens sasaran fanpage anda. Gambar yang relevan dengan audiens boleh membuatkan mereka beri perhatian kepada post iklan anda dan seterusnya klik pada iklan anda.

2) Guna warna yang lain dari warna latar belakang Facebook. Warna yang boleh anda gunakan adalah warna-warna yang terang seperti kuning, merah dan hijau.

3) Gunakan gambar yang jelas dan mudah difahami. Apabila audiens dapat memahami gambar yang dipaparkan, kerja anda lebih mudah untuk menarik mereka membaca post iklan anda.

4) Gunakan gambar yang unik pada post iklan anda kerana pengguna Facebook sering terdedah dengan pelbagai iklan setiap kali mereka melayari Facebook. Anda perlu cuba cari idea yang lebih kreatif supaya iklan anda nampak berbeza dengan iklan yang lain.

  • Headline Pendek Yang Memukau

Headline yang memukau adalah headline yang menyokong gambar iklan yang digunakan. Headline ditulis bertujuan untuk menarik perhatian prospek dan membuatkan mereka membaca ayat iklan yang seterusnya.

Anda hanya ada 3-5 saat sahaja untuk membuatkan prospek terus membaca ayat iklan anda ataupun tidak.

Headline yang digunakan perlulah relevan dengan gambar yang anda gunakan. Anda boleh gunakan headline dan gambar mengikut isu semasa, masalah utama audiens atau apa yang audiens inginkan.

  • Memasukkan Link Testimoni Album

Masukkan link koleksi album testimoni anda di post iklan. Dengan memberi link testimoni, audiens akan lebih yakin untuk membeli dari anda.

  • Pin To Top

Dengan menggunakan fungsi Pin to Top, post iklan yang anda ingin fokuskan akan naik paling atas dalam fanpage anda.

Apabila audiens masuk ke fanpage anda, mereka akan terus nampak post iklan anda. Mereka ini berpotensi besar untuk menjadi pembeli produk anda.

  • Add Friend Prospek Yang Komen Di Post Promosi Anda

Tambah prospek yang komen di post promosi sebagai kawan anda. Gunakan nama sebenar FB Profile anda.

Selepas Add Friend, anda perlu kenalkan diri dengan PM Nama, Fanpage dan beritahu apa tawaran anda.

  • Follow UP Prospek Yang Pernah PM Anda Sebelum Ini

Follow Up prospek yang pernah anda PM pada waktu yang sesuai seperti pada hari gaji.

  • Post 3 Kali Sehari

Kami Menyarankan anda post secara konsisten sekurang-kurangnya 1 kali sehari, maksimum 3 kali sehari.

Jangan update post anda terlalu rapat tempoh masanya, jika anda update post pada pukul 9 pagi, anda boleh update post kedua pada pukul 2 petang dan post ketiga pada pukul 8 malam pula.

Untuk mendapatkan respons dari audiens, anda perlu galakkan audiens untuk berikan komen pada post yang dibuat dalam fanpage.

Bina post yang relevan dengan bisnes dan audiens anda, kemudian minta mereka beri respon. Anda boleh buat post berbentuk soalan, perkongsian dan galakkan audiens untuk beri pendapat.

  • Offer Tempoh Terhad

Anda boleh buat offer terkejut dalam tempoh masa yang terhad. Anda boleh guna ayat Urgency seperti “Tawaran diskaun 50%, Hanya pada Hari Jumaat, pukul 9am-1pm”.

Umumkan sehari awal sebelum hari offer tiba supaya prospek mempunyai masa untuk bersedia mendapatkan offer anda tersebut.

 

Dengan menggunakan 8 teknik simple ini, kami yakin bahawa anda boleh tingkatkan sales di Facebook anda dengan mudah. Anda cuma perlu lakukan teknik ini berulang kali secara konsisten.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.