BMC – Bagaimana Mengekalkan Perhubungan Pelanggan Secara Berkesan

Sebagai seorang ‘business person’ atau usahawan, kita perlu sentiasa mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Kenapa? Kerana pelanggan lah yang akan membeli dan menggunakan business atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Semakin ramai pelanggan yang kita ada, semakin tinggi keuntungan atau “margin profit” yang kita akan dapat. Melalui penggunaan bmc, kita akan dapat melihat sejauh mana cara kita menjaga hubungan dengan pelanggan (perhubungan pelanggan) itu berkesan atau tidak.

Segmen pelanggan dan perhubungan pelanggan saling berkait rapat. Contohnya, dalam business T-Shirt Printing, target “customer” atau pelanggan kita adalah golongan remaja dan cara kita menjaga perhubungan dengan mereka ialah dengan menyediakan laman web untuk mereka layari bagi mendapatkan info atau update terkini mengenai business kita. Ini adalah salah satu cara yang sering digunakan bagi menjaga perhubungan dengan pelanggan.

Tetapi, adakah kita yakin bahawa kita dapat menjaga perhubungan dengan golongan remaja ini melalui penggunaan laman web sahaja? Tentu tidak. Kita lihat semula kepada segmen pelanggan BMC kita. Tentukan berapa purata umur bagi golongan remaja ini dan lakukan survey ringkas mengenai mereka (apa yang sering dibeli dan budget mereka setiap kali pembelian dan juga akses mereka kepada internet). Dengan cara ini kita dapat menentukan cara paling baik untuk sentiasa menjaga perhubungan dengan mereka. Contohnya, jika golongan remaja ini tidak mempunyai akses yang kerap kepada internet, kita mungkin boleh menyediakan flyers berkala (edition by edition) untuk mereka dan memberikan mereka nombor telefon rasmi untuk dihubungi jika ada sebarang bantuan diperlukan seperti cara ‘booking item.’

 

Mudah kan mengetahui keberkesanan perhubungan pelanggan yang kita ada berpandukan model BMC.

Bagi memahami segmen utama dalam BMC, boleh klik di sini.

 

PANDUAN RINGKAS CARA MENGISI TEMPLATE BMC
SECARA PERCUMA DI KHAIZ EMPIRE!

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.