Cara Membuat Video Pemasaran Untuk Bisnes Ecommerce
Ramai peniaga yang gunakan video sebagai medium pemasaran. Jika diberi pilihan antara
gambar dan video, audien lebih sukakan video. Menurut kajian oleh Slidely, 44%
pengguna media sosial menonton lebih daripada 5 buah rakaman video pada setiap hari.
Ini jelas menunjukkan bahawa video pemasaran ialah peluang yang sangat besar
untuk direbut oleh orang bisnes.
Video pemasaran bukan sahaja bagus untuk tarik perhatian customer tapi juga memberi hiburan
kepada mereka. Memulakan tidak perlu modal besarpun, anda hanya membuat rakaman video
HD menggunakan smartfon sahaja. Jadi disini kami akan kongsikan cara membuat video
pemasaran untuk bisnes ecommerce anda…
- Pilih Audience Sasaran
Sebelum membuat rakaman, pastikan anda kenal dahulu segmen pelanggan.
Apabila sudah kenal pasti, ini akan memudahkan anda memilih format
video dan sediakan konten.
- Mengetahui apa yang ingin dicapai
Apa tujuan anda membuat rakaman video?
Ingin tingkatkan brand awareness?
Tambah sales?
Atau trafik?
Apa sahaja tujuan pastikan ia benar-benar jelas.
- Kira Bajet Anda
Sebelum mulakan rakaman video, galakkan membuat pengiraan dahulu. Kos apa yang perlu
dibayar?
*Jurugambar dan editor
*Alat-alat elektronik
*Pengangkutan
*Sewa hotel
*Iklan
Memastikan penggunaan lighting yang sesuai dan elok. Barulah hasilnya cantik dan
dapat memikat hati audien.
- Pilih Jenis Video dan Konsep
Anda sudah kenal pasti audien sasaran dan tujuan video pemasaran anda.
Sekarang adalah masa anda untuk menonjolkan kekreatifan dalam diri anda!
Sebaiknya, anda sediakan dahulu skrip sebelum membuat rakaman supaya
anda perlu edit banyak kali dan video lebih smooth.
Untuk video live, anda boleh tulis point penting atas kertas kecil.
- Pilih Platform Untuk Terbitkan Video
Antara platform yang terkini :
*Facebook
*YouTube
*Instagram
*Twitter
*Website
*Vimeo
*Snapchat Stories
Sebaiknya anda fokus pada satu platform dahulu. Kemudian bila dah okey, barulah mula
fikir untuk buat pemasaran di platform lain pula.
- Kenal Pasti Kelebihan dan Kelemahan
Kenal pasti kelebihan dan kekurangan yang ada. Pastikan anda buat penambahbaikan pada rakaman video yang seterusnya. Jika anda sunting sendiri, mungkin ada kelemahan.
Tetapi, jangan risau. Anda boleh minimakannya. Contohnya, stick hanya pada satu dan dua angle sahaja. Usah terlalu banyak sehingga nampak sisi tidak profesional.
- Adakah Video Menepati Sasaran Anda?
Ini poin yang penting. Seperti yang diterangkan di atas, kenal pasti tujuan anda membuat video. Jika tujuan anda adalah untuk brand awareness, maka views, likes dan shares yang diperlukan.
Kesimpulannya, dalam membuat Pemasaran, kaji dan pastikan dahulu tujuannya apa.
Kemudian, buat improvement di lain masa sekiranya tidak menepati piawaian anda.