Sebut sahaja Facebook pasti semua orang mengenalinya,tidak kira muda mahu pun tua. Mengikut statistik seramai 1.79 bilion orang secara purata log masuk ke Facebook setiap hari dan dianggap sebagai pengguna aktif harian untuk Jun 2020. Meskipun telah digunakan oleh hampir seluruh penduduk di seluruh dunia, akan tetapi masih sangat sedikit yang mengetahui sejarah tentang wujudnya Facebook.
Berikut kami kongsikan sedikit maklumat mengenai Facebook untuk makluman anda.
Facebook ialah sebuah laman web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki oleh Facebook, Inc. Diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama rakan-rakannya iaitu Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.
Pada mulanya, Facebook terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian ia mula berkembang di kolej-kolej lain kawasan Boston, Liga Ivy, Universiti Stanford dan tidak lupa juga kepada pelajar sekolah tinggi serta sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, lamanweb ini mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Laman web Facebook pertama kali diluncurkan pada Tanggal 4 Februari 2004. Pada waktu ini Facebook masih memiliki nama “TheFacebook” yang kemudian akhirnya diubah kepada “Facebook” pada tahun 2005. Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Mark Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu “face book”.
Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna untuk mencipta profil, berhubung dan mengenali rakan-rakan baru dan turut digunakan sebagai satu platform untuk melakukan perniagaan. Kini walaupun sudah hampIr 16tahun,Facebook masih lagi relevan hingga ke hari ini.
Itulah sedikit maklumat mengenai Facebook yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga ia dapat menambah pengetahuan anda.