Facebook pages manager adalah aplikasi mudah alih yang dibuat untuk membantu pengguna halaman facebook menguruskan halaman mereka dan semua yang ada di dalamnya menggunakan telefon pintar atau tablet mereka.
1.Facebook pages manager membolehkan anda menguruskan hingga 50 Halaman dari telefon pintar atau tablet anda.
2.Anda dapat terus mengetahui dan memberi respons kepada pelanggan dengan segera.
3.Update status dengan mudah dan urus page anda tanpa menggunakan komputer.
4.Membaca dan membalas mesej yang dihantar oleh pelanggan anda ke page anda.
5. Facebook dan instagram mampu pautkan akaun anda untuk menguruskan mesej facebook, komen pada status anda dan komen instagram dalam satu peti masuk.
6.Dapatkan notifikasi mengenai aktiviti penting, dan lihat semua pemberitahuan halaman anda di satu tempat.
7.Menjejaki promosi, statistik dan aktiviti di halaman anda supaya anda dapat mengetahui perkembangan bisnes.
Sesiapa yang menguruskan Halaman Facebook boleh memuat turun dari Apple App Store atau Google Play dan menggunakan aplikasi ini secara percuma.