Fungsi Channels atau Saluran dalam Business Model Canvas (BMC)

Post kali ini adalah mengenai fungsi “Channels” atau “saluran” yang para usahawan atau entrepreneurs gunakan dalam membangunkan BMC perniagaan masing – masing.

Saluran dalam Business Model Canvas (BMC) merujuk kepada bagaimana anda menawarkan biz anda kepada pelanggan. Jika anda menggunakan saluran online, anda mungkin menggunakan web site atau online stores. Anda juga mungkin menggunakan rakan kongsi bagi tujuan marketing atau dropshipper untuk meluaskan rangkaian dan pasaran biz anda.

 Anda boleh klik di sini bagi memahami kepentingan BMC dan 9 blok utama BMC.

Fungsi channels dalam BMC adalah:

  • Memberikan kesedaran kepada “customer” atau “target customer” terhadap produk dan/atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
  • Membantu “customer” untuk memahami dan menilai tawaran nilai (kelebihan produk atau perkhidmatan) anda tawarkan. Juga dikenali sebagai “value proposition”.
  • Memudahkan “customer” anda membeli produk dan/atau perkhidmatan yang mereka mahu.
  • Menyampaikan tawaran nilai kepada “customer” dengan lebih berkesan.
  • Menawarkan perkhidmatan bantuan atau sokongan selepas pelanggan membeli dan menggunakan produk dan/atau perkhidmatan yang business anda tawarkan (post-purchase customer support).

 

 

PANDUAN RINGKAS CARA MENGISI TEMPLATE BMC
SECARA PERCUMA DI KHAIZ EMPIRE!

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.