Sudah tentu ANDA, sebagai seorang USAHAWAN, inginkan pelanggan menghubungi anda untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. (Amboi, seronaknya!)
Pelanggan setia adalah TIDAK TERNILAI!
Anda tidak perlu lagi memperkenalkan diri anda untuk membina kepercayaan mereka.
YANG PALING BEST, pelanggan setia anda siap memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya yang lain! 🙂
“Bagus oh kedai itu, servis memang mantap sebab…”
“Cubalah pergi sana, dorang ada…”
Pernah DENGAR ayat-ayat seperti di atas?
Mereka tidak dibayar untuk bercakap tentang pengalaman mereka kepada orang lain
TETAPI ini disebabkan mereka berpuas hati SAMPAIKAN mereka ‘menggalakkan’ orang lain untuk menjadi pelanggan ANDA!
TAPI, BAYANGKAN JIKA PELANGGAN ANDA TADI MENDAPAT PENGALAMAN YANG KURANG BAIK…
DISINI, ‘FEEDBACK’ pelanggan AMAT DIPERLUKAN!
Tanya pelanggan anda tentang servis/produk yang ANDA TAWARKAN!
Jika respon mereka MEMBERANSANGKAN, beri kata-kata yang baik untuk mereka.
** BONUS! AYAT SIMPLE TAPI POWER
>> “Semoga dimurahkan rezeki, Tuan.”
>> “Semoga sihat selalu, Tuan.”
Jika respon mereka agak ‘dingin’, yakinkan pelanggan anda yang anda akan cuba memperbaikki kelemahan anda.
Ia adalah SIFAT MANUSIA untuk meluangkan masa dalam persekitaran yang BERKUALITI.
Tiada pelanggan yang mahu membeli-belah atau menjamu selera di ruang yang tidak selesa, tidak teratur.
Untuk mewujudkan persekitaran yang MENARIK,
Setiap benda yang ada di tempat anda (tidak kira kecil atau besar) PERLU dalam keadaan yang teratur dan kelihatan cantik.
Jika anda mempunyai restoran, kedai ataupun ofis
PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN WARNA CAT YANG BETUL!
Keadaan persekitaraan yang lebih teratur menambahkan aura keselesaan di ruang perniagaan anda.
Untuk ‘menarik’ hati pelanggan, anda PERLU mendengar dan memahami apa yang mereka HENDAKKAN DARI ANDA!
Cuba ‘berkawan’ dengan prospek/pelanggan anda, untuk memudahkan anda sendiri untuk melakukan sebarang penambah baikkan.
Bila anda sudah FAHAM apa yang mereka inginkan, potensi untuk mereka menjadi pelanggan SETIA anda AMAT BESAR!