Penggunaan e-wallet semakin meluas lebih-lebih lagi sejak pandemik melanda negara kita. Diwujudkan sejak tahun 2017 lagi e-wallet menjadi ciptaan yang terbaik pada zaman teknologi masa kini. Bagi mereka yang masih ragu dengan e-wallet boleh stay tune dan baca blog ini sampai habis ya.
Mengapa e-wallet penting dalam kehidupan masa kini?
-
- Transaksi mudah dan cepat
Pertama sekali, e-wallet memudahkan transaksi pembayaran dan pemindahan wang secara online antara dua pihak.Tidak kisah lah antara kawan dgn kawan mahupun pembeli dan penjual. Transaksi menggunakan e-wallet adalah dengan mengimbas QR kod melalui telefon pintar anda. Dimana apabila satu pihak ingin membuat pembayaran, pihak penerima akan menunjukkan Qr Kod yang dijana dalam e-wallet. Lalu pihak pemberi akan mengimbas QR kod tersebut dan meletakkan amaun yang ingin dibayar. Kurang daripada 5 minit sahaja, transaksi selesai. Cepat dan mudah kan?Â
- Ciri keselamatan terbaik
Kedua, transaksi e wallet adalah selamat. Dengan ciri2 keselamatan yang ada pada e-wallet seperti pengesahan cap jari dan kata laluan, anda tidak perlu risau tentang duit anda di e-wallet bila telefon anda di curi dan sebagainya. Begitu juga dengan rekod transaksi, anda boleh check transaksi yang anda buat menerusi history e-wallet. Ia menjadi satu kelebihann untuk bisnes dimana anda boleh pantau sendiri perbelanjaan dan pembayaran harian yang telah dilakukan. Anda tidak perlu lagi menulis secara manual melalui buku
- Ganjaran Lumayan
Ketiga, ganjaran di setiap pembelian.Bunyinya mcm menarik kan? Di Malaysia sahaja terdapat banyak syarikat yang menyediakan servis e-wallet.Jadi setiap dari mereka akan bersaing dan menawarkan pelbagai jenis ganjaran untuk pengguna setia mereka. Antara ganjaran pengguna e-wallet termasuklah pulangan wang, mata/poin ganjaran, hadiah dan kupon ditawarkan. Jadi tiada penyesalan walaupun sudah habis duit lepas berbelanja.
- Transaksi mudah dan cepat
Kepesatan penggunaan e-wallet makin berkembang pada masa kini. So,menjadi kerugian kepada para peniaga jika tidak ambil peluang untuk mengunakan e- wallet dalam urusan jual beli. Mereka boleh kehilangan pelanggan yang berpotensi sebagai pembeli. Jadi para peniaga boleh la take note disini, gunakan e-wallet sebagai sumber pendapatan anda,banyak kelebihan yang anda perolehi dengan mengunakan e- wallet. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Terima kasih.