Kenali Dato Sani selaku Pemilik Rangkaian Sani Ekspress

Nama : Dato Wan Mohammad Sani Salleh

Usia : 44 tahun

Lahir : 24 Julai 1976 di Terengganu

Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Pencapaian : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)

Beliau memulakan karier sebagai seorang penyanyi dan merupakan ahli kumpulan Impression yang ditubuhkan bersama ahli kumpulannya iaitu Norman Hakim dan Eizlan Yusoff pada lewat 90-an.

Pada pandangan Dato Sani,agak sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang seni dan mengubah haluan hidupnya menjadi seorang usahawan .Hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas beliau sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu sejak 20 tahun lalu. Beliau berazam mahu memberikan perkhidmatan bas yang terbaik kepada orang ramai.

Beliau tidak pernah memilih dalam mencari ilmu, malah beliau belajar daripada pemandu bas serta mekanik. Beliau juga turut belajar daripada mereka yang pernah gagal kerana kegagalan itu bagi dirinya mampu dijadikan iktibar buat dirinya.

Beliau sudah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda pada usia 35 tahun. Dalam masa 7 tahun, beliau berjaya menggaji 150 tenaga kerja di syarikatnya selain memiliki sebuah bangunan 3 tingkat. Ia dinamakan Wisma Dato’ Sani dan terletak di Klang Sentral.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping