KEPUTUSAN PITCHBORNEO 2018 : KENINGAU

Selama dua hari ini (7 – 8 Julai 2018) , buat kali pertama untuk tahun 2018, Pitchborneo 2018 memulakan program mereka di destinasi pertama iaitu daerah Keningau.

Kali ini, sebanyak 27 idea telah dipertandingkan oleh para usahawan untuk merebut 6 tempat terbaik yang akan ke final Pitchborneo 2018 dan berpeluang memenangi geran RM20,000. Idea-idea yang dipertandingkan oleh para usahawan pada PB 2018 di Keningau kali ini juga dari pelbagai niche bisnes antaranya produk makanan, perkhidmatan, app, kedai online dan banyak lagi.

Untuk pitchborneo di Keningau kali ini, program ini berlangsung di Sento Hotel, Keningau.
Peserta kali ini pula terdiri dari Keningau dan juga beberapa daerah lain yang berdekatan.

Apa yang lebih menarik, hampir keseluruhan peserta kali ini adalah baru pertama kali menyertai program ini.


KLIK DI SINI UNTUK LIHAT GAMBAR-GAMBAR PB 2018 : KENINGAU

 

6 IDEA TERBAIK (PB 2018 : KENINGAU) YANG BERJAYA KE FINAL PITCHBORNEO 2018 :

  • Dina Melisa Mohamad Maidin (Apps store pakaian bundle)
  • Fadzil Bin Ramli (Sambal ulod-ulod)
  • Jacelynne Chin Mei Hua (Langtea)
  • Donysiah Paiman (Inai kudow d’onnie)
  • A.K Syamasullaili Pg Mohammad (Lampu cincin)
  • Natasha Sharena Idris (Homemade formula fragrance)

 

Kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mara ke final Pitchborneo 2018 untuk merebut peluang memenangi RM20,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pitchborneo, anda boleh layari laman web rasmi mereka iaitu pitchborneo.com atau page rasmi facebook mereka SATA.

 

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.