Media sosial berkembang begitu pesat dan hampir semua orang menggunakannya sama ada untuk perkara buruk atau baik. Bermula dengan Frienster dan kini mula diambil alih oleh Facebook,Instagram dan sebagainya.
Kini,hampir semua industri kecil dan besar dengan pelbagai jenama melibatkan diri dalam media sosial untuk melakukan pemasaran bagi mengembangkan perniagaan.
Mengapa pentingnya melakukan aktiviti pemasaran dalam media sosial ? Dan ini kerana :
1. Pengguna media sosial semakin ramai.
Statistik media sosial dari tahun 2019 menunjukkan bahawa terdapat 3.5 bilion pengguna media sosial di seluruh dunia, dan jumlah ini akan terus bertambah. Media social merupakan lubuk emas pada masa ini.
2. Branding.
Dengan jumlah pengguna media sosial yang semakin bertambah,ini merupakan peluang keemasan bagi anda memperkenalkan Produk anda kepada orang ramai serta produk anda mampu dikenali sehingga ke negara lain
3.Kuasa viral.
Di media sosial,orang lebih mudah terpengaruh apabila orang ramai berkongsi tentang produk,sekiranya pelanggan berpuas hati dengan produk anda, tidak mustahil mereka akan mengesyorkannya kepada keluarga, saudara mara, dan rakan mereka.
4.Trust.
Trust sangat penting bagi menjayakan bisnes anda. Sebelum membeli, lazimnya bakal pelanggan akan melihat testimoni,aktiviti serta maklumat syarikat anda. Mereka pasti akan mencari facebook atau instagram anda sebelum melakukan pembelian.
Oleh itu, media sosial sangat bermanfaat bagi industri perniagaan untuk melakukan pemasaran, selain daripada penjenamaan,ia mampu menarik lebih ramai pelanggan.