Jika anda seorang peniaga kecil atau baru mahu bermula bisnes,semestinya anda perlu merekod aliran wang masuk dan keluar dengan tepat serta sistematik.Aliran wang yang baik dapat membantu mengenal pasti potensi bisnes anda.
Masalah yang sering berlaku kepada peniaga ialah :-
1. Tidak mempunyai kemahiran dalam accounting
2.Tidak mampu mengupah accountant
Penyelesainnya adalah “WaveApps” sebuah aplikasi perakaunan yang anda boleh diakses tidak kira tempat mahupun masa.
Fungsi Utama:
1.Merekod perbelanjaan & pendapatan perniagaan
2.Menghasilkan rekod perakaunan yang professional
3.Mencipta invois, resit dan carta
Peranti: Android,iOS & laman web
Harga: Percuma
Aliran wang yang baik bukan Sahaja memudahkan anda mendapat pinjaman bank bagi mengembangkan Bisnes,namun ia juga mampu menarik para pelabur serta anda melihat kemajuan bisnes anda.