Facebook Marketplace merupakan salah satu tempat yang paling terbaik untuk anda mempromosikan produk anda di platform facebook. Facebook memperkenalkan halaman marketplace ini di Malaysia sekitar tahun 2018.
Banyak yang sudah menggunakan ruangan ini, tetapi sy yakin, ada juga di antara luar sana mungkin tidak perasan kehadiran Facebook Marketplace ini.
Facebook Marketplace mempunyai banyak fungsi-fungsi yang menarik seperti fungsi senarai produk, butiran produk, gambar produk, butang “mark as sold”, info seller dan banyak lagi. Semuanya di dalam marketplace facebook.
Paparan Umum Iklan Di Facebook Marketplace
Iklan mengikut kategori yang sesuai
Paparkan Iklan mengikut lokasi
Apa yang lebih menariknya, anda boleh lihat iklan-iklan di kawasan setempat melalui kawasan yang anda pilih mengikut radius lokasi tersebut.
Contohnya anda tinggal di sekitar Tuaran, anda boleh lihat iklan-iklan produk di sekitar Tuaran ataupun berdekatan sahaja akan dipaparkan, jadi anda sendiri pun boleh iklankan produk atau bisnes anda 🙂
Cara Menjual Di Facebook Marketplace
Jangan risau, ianya adalah PERCUMA (buat masa ini). Tapi sebelum ini, anda perlu membaca terlebih dahulu peraturan atau polisi yang telah ditetapkan oleh pihak facebook. Layari https://www.facebook.com/policies/commerce/
- Pertama sekali, layari https://www.facebook.com/marketplace/
- Kemudian, klik butang Create New Listing.
- Kemudian, pilih kategori item yang anda ingin jual
- Kemudian masukkan butiran yang dikehendaki seperti gambar, info produk dan butiran-butiran yang lain.
- Pilih kategori produk yang sesuai.
Pastikan kategori yang anda pilih adalah sesuai, jika tidak, pihak facebook mungkin tidak luluskan iklan anda. - Anda boleh pilih lokasi iklan anda. Pastikan lokasi tersebut adalah tepat terutamanya jika anda membuat bisnes lokasi setempat berdekatan tempat tinggal anda.
Setelah selesai, klik butang “Publish“. Tunggu sehingga facebook luluskan iklan anda, biasanya bergantung juga, mungkin dalam 24jam – 48jam.
Apabila iklan anda telah berjaya diluluskan dan dipaparkan oleh facebook, anda boleh melihat profil seller anda di https://www.facebook.com/marketplace/you
Anda boleh lihat senarai iklan-iklan anda di halaman “Your listings“.
Baiklah itu sahaja tutorial kita untuk kali ini, untuk lebih banyak tutorial termasuk video tutorial, boleh layari Khaiz Academy di khaiz.com.my . Jumpa lagi 🙂