Nak Mulakan Bisnes ? Tips ini mungkin untuk anda..

Zaman kini,semakin ramai orang mula menceburi bidang bisnes. Selain faktor minat,kelembapan ekonomi turut menjadi faktor utama,ini kerana mereka bertungkus lumus  berusaha mencari wang tambahan.

Namun begitu,mereka seakan-akan keliru cara untuk memulakan kerana tidak ada panduan. Tanpa adanya panduan,kita bimbang mereka akan mengalami kerugian yang lebih besar. Berikut Pihak Khaiz ingin kongsikan kepada anda semua tips untuk memulakan bisnes.

5 TIPS MEMULAKAN BISNES

1. NIAT
pastikan niat anda menjadi seorang usahawan ialah untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat

” Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat bagi orang lain ”

2. BISNES ?
Buat bisnes berdasarkan minat atau kepakaran yang anda miliki.senaraikan minat atau kepakaran anda serta nyatakan kelebihan dan kekurangannya

3.MODAL KEWANGAN

Mulakan bisnes dengan modal kewangan yang kecil tanpa membuat sebarang pinjaman wang atau menggadaikan harta benda.Menurut Puan Ainon Mohd,chairman PTS Media,anggaran modal yang untuk memulakan bisnes tidak melebihi RM2000 bergantung dengan bisnes tersebut

4. LOKASI BISNES
Jika anda baru memulakan bisnes,cukuplah sekadar memulakkan bisnes dari rumah,gerai atau pun pasar.jikaperlukan kedai,carilah kedai dengan kadar sewa yang rendah

5.ALIRAN TUNAI
pastikan anda menjagaaliran tunai dengan sebaiknya. belajar mengurus duit keluar masuk serta belajar menjimatkan kos yang terlibat dalam bisnes anda

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.