Pembikinan Video Promosi Sakinah Ondu @ Manuk Tarabang

Baru-baru ini, Khaiz Production bersama Sakinah vs Ondu (salah seorang penghibur di Sabah) untuk video promosi Manuk Tarabang,salah satu baju brand tempatan Sabahan.

Untuk penggambaran kali ini, team Khaiz Production mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan video tersebut. Sebelum pembikinan video promosi ini, pihak Borneo Tshirt (Manuk Tarabang) dan juga pihak Khaiz Group serta Sakinah (Ijan) sempat bertemu untuk sama-sama mengolah idea bagi memastikan video kali ini menjadi lebih menarik dan juga lain daripada yang lain dari video-video sebelum ini.

Mengenai “Manuk Tarabang“.


Manuk Tarabang merupakan brand clothing line milik 100% bumiputera Sabah berkonsepkan lucu-lucu dan parodi. Unsur kelucuan ini dipengaruhi oleh gaya hidup orang Borneo sendiri. Siapa sangka sikap jati diri orang Borneo boleh digambarkan melalui baju bukan? Itulah kami, pengambar ‘kampung-kampung sajaa bah’ anda.

Walaupun penggambaran ini dijalankan sewaktu bulan puasa, segala kerja-kerja penggambaran berjalan dengan lancar dan kerjasama oleh semua pihak termasuk staf Manuk Tarabang memudahkan lagi pihak Khaiz Production menyiapkan tugasan mereka.

Jika anda belum menonton video tersebut, anda boleh lihat video tersebut di bawah :

p/s Bagi usahawan-usahawan yang berminat untuk membuat promosi perniagaan mereka melalui video Sakinah vs Ondu seperti ini, anda boleh hubungi pihak kami untuk info lanjut 🙂

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping