Penggambaran Video Iklan Sakinah @ PopOutInk

Pada 22 Januari 2017 yang lepas, tim Khaiz Production bersama artis komedi viral Sabahan iaitu Sakinah vs Ondu melakukan penggambaran video iklan di sebuah kedai baju brand yang semakin mendapat sambutan iaitu PopOutInk.

Butik ini terletak di Polytechnic Commercial Center (bangunan berdepan dengan Politeknik Kota Kinabalu), anda boleh kunjungi butik ini sebaris dengan bangunan kedai 99speedmart.

Kami tiba di lokasi lebih kurang pada pukul 12 tenghari, dan kemudian sesi perbincangan jalan cerita antara Khaiz Production, Sakinah dan juga owner butik PopOutInk. iaitu tuan Mohammad Ghazali Hajiji berlangsung sekitar 30 minit.

Setelah mendapat kata sepakat dari semua pihak, sesi penggambaran video iklan tersebut berlangsung lebih kurang jam 1.15 petang. Seperti biasa, sementara krew-krew Khaiz Production membuat persiapan kelengkapan sementara Sakinah pula menghayati dialog-dialog yang dia akan gunakan nanti.

Krew-krew Khaiz Production sedang membuat persiapan kelengkapan video untuk penggambaran.

 

Khairilizwan, founder Khaiz Group bersama tuan Ghazali (pemilik PopOutInk) & Sakinah vs Ondu (Ijan)

 

 

Sewaktu sesi penggambaran itu juga admin sempat buat facebook live.
Jom kita layan gelagat-gelagat si Sakinah sewaktu penggambaran tersebut.

Penggambaran Video iklan Sakinah @ PopOutInk

Posted by Khaiz Group on 21hb Januari 2017

Penggambaran video Iklan Sakinah @ Khaiz Production di PopOutInk

Posted by Khaiz Group on 21hb Januari 2017

 

Nantikan kemunculan video iklan ini k
Khaiz Group akan update nanti 🙂

Jangan lupa support sekali PopOutInk 🙂

http://www.popoutink.com/
https://www.facebook.com/PopOutInk/

 

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.