SEMBILAN SEGMEN / BLOK UTAMA DALAM BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

Dengan menggunakan BMC, anda tidak perlu lagi menulis business plan yang panjang sehingga lebih 30 muka surat dan mengambil masa yang lama. Anda cuma perlu mengisi plan perancangan biz anda menggunakan model canvas. Struktur model ini sebenarnya mudah untuk difahami jika anda mempunyai panduan yang betul. Post kali ini akan menerangkan mengenai sembilan segmen/blok utama dalam BMC.

Kenal pasti sembilan (9) segmen BMC;

1) Rakan niaga utama (key partners)

2) Aktiviti Utama (key activities)

3) Sumber Utama (key resources)

4) Tawaran nilai (value propositions)

5) Kos struktur (cost structure)

6) Perhubungan pelanggan (customer relationships)

7) Saluran (channels)

8) Segmen Pelanggan (customer segments)

9) Aliran Pulangan (revenue streams)

Kenal pasti kegunaan setiap segmen atau block BMC:

  • Rakan Niaga Utama – Rakan niaga utama merujuk kepada individu yang menggerakkan biz anda seperti biz partner (rakan kongsi), supplier (pembekal), vendor, dropshipper, promoter dan sumber luaran secara tidak langsung.
  • Aktiviti Utama – Aktiviti utama merujuk kepada aktiviti yang anda jalankan untuk memastikan biz anda berjalan dengan lancar. Anda juga dapat memberi tawaran nilai yang telah ditetapkan kepada pelanggan dengan maksimum. Contohnya, aktiviti jualan harian mengikut masa yang ditetapkan dari pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam.
  • Sumber Utama – Sumber utama merujuk kepada produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan. Sumber utama ini terbahagi kepada empat; bahan/servis yang ditawarkan, kewangan, sumber tenaga dan sumber intelektual.
  • Tawaran Nilai – Tawaran nilai merujuk kepada kelebihan yang ditawarkan kepada pelanggan. Contohnya, terdapat ramai yang menyediakan perkhidmatan membina laman web tetapi Khaiz menawarkan perkhidmatan membina laman web yang mempunyai nilai yang tinggi “high value”. Ini adalah kerana laman web yang dihasilkan mempunyai design premium yang lebih cantik dan professional serta memenuhi kehendak pelanggan.
  • Kos struktur – Kos struktur merujuk kepada berapa banyak modal yang digunakan untuk biz anda seperti kos bahan mentah (jika ada), kos pembuatan, kos pemasaran dan kos maintenance.
  • Perhubungan Pelanggan – Perhubungan pelanggan merujuk kepada bagaimana cara anda berkomunikasi dengan pelanggan. Adakah anda menjaga hubungan dengan pelanggan dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek? Short term atau long term relationship? Adakah anda menawarkan bantuan bagi pelanggan anda selepas mereka membeli produk atau perkhidmatan anda?
  • Saluran – Saluran merujuk kepada bagaimana anda menawarkan biz anda kepada pelanggan? Jika anda menggunakan saluran online, anda mungkin menggunakan web site atau online stores. Anda juga mungkin menggunakan rakan kongsi bagi tujuan marketing atau dropshipper untuk meluaskan rangkaian dan pasaran biz anda.
  • Segmen Pelanggan – Segmen pelanggan merujuk kepada pasaran atau “market” bagi biz anda. Anda mungkin mensasarkan semua golongan pengguna seperti produk makanan yang boleh digunakan oleh semua orang atau anda hanya menjual lampin pakai buang “pampers” yang hanya digunakan oleh golongan bayi.
  • Aliran pulangan – Aliran pulangan merujuk kepada keuntungan yang anda perolehi setelah ditolak dengan jumlah kos. Aliran pulangan boleh dijadikan modal pusingan untuk menaik taraf biz anda.
Share on Whatsapp

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest

Leave a comment

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Echa

Online

Echa

Hi, What can i do for you? 00.00
Scroll to Top