Tutorial Cara Beli Domain & Hosting

Baiklah untuk mereka yang ingin membeli domain & hosting untuk laman web mereka, anda boleh mengikuti tutorial ini.

Pada tutorial kali ini, kami cadangkan untuk anda menggunakan pakej domain hosting yang disediakan oleh ServerFreak. Salah satu penyedia domain hosting dari Malaysia. Salah satu sebabnya kerana sokongan teknikal mereka bagi kami adalah yang terbaik dan pakej yang disediakan berbaloi.

Jom ikuti langkah-langkah berikut :

1. Pertama sekali, layari laman web ServerFreak.

web-hosting.net.my

2. Kemudian, pilih pakej hosting yang disediakan, untuk mereka yang belum biasa berkaitan server, kami cadangkan anda menggunakan cPanel Web Hosting.

3. Pakej yang ditawarkan adalah bergantung dengan kapasiti storan dan juga data transfer yang disediakan. Untuk permulaan, anda boleh pilih pakej yang paling murah dan upgrade kemudian pada masa akan datang.

 

4. Jika anda belum mempunyai domain (contoh seperti .com , .net , .com.my) anda boleh masukkan nama domain cadangan anda dan pilih “Register a new domain” untuk check domain.

Jika domain tersebut telah dibeli oleh orang lain, akan keluar status “unavailable“, jika masih boleh dibeli dan belum dimiliki oleh sesiapa, akan keluar status “available“.

Jika anda sudah memiliki domain, anda mempunyai dua pilihan:
a) Transfer your domain from another registrar
b) I will use my existing domain and update my nameservers.

5. Selepas itu, anda boleh menyemak keseluruhan butiran pakej yang anda pilih, kemudian klik butang “Continue“.


Anda juga boleh pilih untuk sewa hosting domain tersebut selama 1 tahun, 2 tahun atau 3 tahun.

 

6. Setelah berpuas hati dengan pilihan pakej yang disediakan, klik butang “Checkout“.

 

7. Jika anda belum mendaftar akaun, sila daftar, anda juga boleh mendaftar menggunakan akaun facebook anda ataupun Google anda, kami cadangkan anda menggunakan Sign Up with Google jika anda mempunyai akaun email gmail.

 

8. Anda boleh menyemak email anda untuk melihat invoice serta membuat pembayaran, anda boleh membuat pembayaran melalui pilihan fpx yang disediakan.

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    © Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.