Wow! 5 Bisnes Paling Laris Di Bulan Ramadan!

Perlukan wang tambahan untuk Aidilfitri? Cuba 5 Bisnes Paling Laris di bulan Ramadan!

Selain menjadi bulan penyucian diri, bulan Ramadan juga adalah bulan yang menguntungkan bagi peniaga-peniaga yang bijak menyesuaikan aktiviti perniagaan di bulan ini.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan antara bisnes yang paling BOOM di bulan Ramadan!

Anda sudah bersedia? πŸ™‚

 

BISNES #1 – JUALAN KURMA

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, kurma menjadi makanan yang popular dan mendapat permintaan besar dari pelanggan dan setiap kali menjelang bulan Ramadan juga kita akan mendengar satu bisikan dari iklan kurma.

“Yuuusuff Taiy…”

Ini sudah cukup membuktikan bahawa bisnes kurma di bulan Ramadan adalah sangat sesuai dan menguntungkan peniaga.

Mengikut kajian sains, kurma dapat mengatasi masalah konstipasi, gangguan pencernaan, masalah jantung, anemia dan lain-lain penyakit. Manfaatnya dari segi kesihatan juga menjadi sebab utama mengapa kurma di galakkan semasa waktu berbuka.

Tidak hairan mengapa bisnes ini dikatakan menguntungkan terutamanya di bulan Ramadan!

 

BISNES #2 – JUALAN KUIH MUIH

Tidak dapat dinafikan bahawa jualan kuih muih di bulan Ramadan adalah satu bisnes yang paling laris dan mempunyai peluang yang sangat luas.

Kuih muih seperti Penjaram, Seri Ayu, Popiah Goreng, Martabak Jawa dan Candi Kelapa menjadi pilihan untuk berbuka. Manakala, kuih muih jenis ‘kering’ seperti Sapit, Kuih Cincin dan lain-lain disimpan untuk Aidilfitri.

 

BISNES #3 – JUALAN MINUMAN SEJUK

Jualan minuman sejuk adalah salah satu jualan yang berpotensi tinggi di bulan Ramadan. Perniagaan ini mungkin nampak biasa, namun sesetengah peniaga berjaya mengaut keuntungan sehingga mencecah ribuan ringgit dalam masa sebulan.

Minuman seperti air Mocha, Green Tea, Cincau danΒ  ABC sudah tentu akan mendapat perhatian dari sesiapa sahaja yang lalu di gerai anda.

Terdapat juga peniaga yang bijak ‘mengubah suai’ minuman yang dijual dengan menambah bahan-bahan seperti agar-agar dan kacang kedalam minuman untuk menampilkan kelainan dan menarik pelanggan mereka.

 

BISNES #4 – JUALAN KELENGKAPAN AIDILFITRI (SARUNG KUSYEN, TABIR DAN LAIN-LAIN)

Jualan kelengkapan Aidilfitri menjadi bisnes pilihan peniaga kerana permintaannya yang setaraf dengan permintaan pelanggan terhadap juadah berbuka. Perniagaan ini sememangnya tidak kurang hebatnya dengan jualan-jualan yang disebut di atas.

Peniaga yang mempunyai kemahiran menjahit adalah sangat sesuai untuk menjalankan bisnes ini. Selain baju kurung, sarung kusyen, songkok dan tabir juga antara jenis barangan jualan yang boleh dijual apabila menjelang Aidilfitri.

 

BISNES #5 – JUALAN MANISAN

Di bulan Ramadan, peluang perniagaan di buka kepada setiap orang yang berminat untuk berjualan. Bazaar Ramadan yang ada disekeliling kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Boleh dikatakan setiap pekan dan bahkan di tepi laluan juga mempunyai bazaar Ramadan yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka.

Salah satu juadah yang paling popular di bazaar adalah manisan. Jeruk buah dan macaroni buah adalah antara manisan yang sering meniti dari bibir ke bibir penggemar manisan tiap kali bulan Ramadan tiba.

 

 

ANDA SUDAH DAPAT IDEA BISNES UNTUK BULAN RAMADAN INI?

KONGSIKAN ARTIKEL INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA! πŸ™‚

    Comments are closed

    Khaiz Empire
    C-1st-7, 1st Floor, Block C,Lorong Bizhub 1A,
    Bandar Sierra, Mile 13.5, Jalan Tuaran,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    No DBKK : 0000159445 T
    Β© Since 2013 Khaiz Empire. All rights reserved.