APA ITU SEGMEN PELANGGAN BMC?
Segmen pelanggan merupakan salah satu daripada 9 elemen utama dalam Business Model Canvas (BMC). Segmen pelanggan merujuk kepada bagaimana kita menetapkan kumpulan sasaran pelanggan (target customer) yang kita mahu. Jika kita mengetahui siapa “target customer” yang kita perlukan dalam dunia biz, lebih mudah bagi kita memberi fokus kepada biz yang kita jalankan. Ini kerana kita tahu “customer” mana yang kita perlu “ikat” bagi menjana “income” dan “profit margin” yang berterusan.
Contohnya, kita ingin menjalankan satu biz kedai yang menjual pelbagai jenis aksesori khas untuk kereta. “Target customer” yang menjadi sasaran adalah pelanggan lelaki kerana lazimnya lebih ramai lelaki akan menghabiskan wang ringgit untuk kereta idaman masing-masing berbanding wanita.
Namun, kita perlu mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti dan menetapkan segmen pelanggan yang betul. “Target Customer” adalah berbeza mengikut keperluan seperti jenis “customer”, golongan, jantina, keperluan dan persekitaran. Untuk lebih memahami pelanggan atau “customer” yang berlainan jenis ini, kita perlu mempelajari ilmu biz BMC – segmen pelanggan dengan betul.
Adalah tidak wajar juga jika kita hanya berharap atau mensasarkan satu kumpulan “target customer” sahaja. Seperti air pasang yang ada surutnya, customer kita juga ada masanya akan berkurangan berdasarkan beberapa faktor seperti saingan dalam biz, trend lifestyle terkini yang berubah mengikut peredaran masa dan kemunculan idea biz baru yang lebih menarik. Namun, ini semua dapat kita ubah atau “twist”menjadi sesuatu yang positif jika kita mengaplikasikan ilmu BMC dalam dunia biz. Ini kerana BMC dapat memberi gambaran yang menyeluruh mengenai sesuatu biz. Jadi, kita dapat melihat “target customer” yang berpotensi menjadi pelanggan kita dan mempunyai “back up” plan jika “target customer” utama kita berubah. Baca kepentingan BMC di sini.
Lebih ramai customer atau pelanggan kita, lebih pantas kita menjana income atau keuntungan. Pernahkah kita tertanya-tanya selama ini adakah kita memiliki “the right target customer”? Bagaimana mengetahui “the right target customer” dengan betul? Apa yang perlu kita buat jika target customer kita berkurangan? Dunia biz adalah dunia yang mampu menjadikan kita jutawan jika kita mempelajari dan mempraktikkan ilmu biz dengan betul. Salah satu ilmu biz yang perlu kita pelajari adalah ilmu BMC yang mampu membantu kita dalam menjana keuntungan atau “income” yang berterusan. Adakah anda masih ragu-ragu atau samar-samar untuk menjana keuntungan? Anda mahu berjaya dalam biz tapi masih samar-samar mengenai “target customer” anda? Luangkan sedikit masa untuk mempelajari dan mendalami ilmu BMC. Semoga ilmu BMC ini dapat memacu kejayaan biz masing-masing. Nantikan lebih banyak pendedahan mengenai ilmu BMC dalam post yang akan datang.